KEBAKARAN AWAL PAGI MUSNAHKAN MASJID AT-TAQWA DI SETIU

Masjid At-Taqwa yang terletak di Kampung Beris Tok Ku, Jalan Permaisuri, musnah selepas terbabit dalam kebakaran awal pagi tadi sekitar jam 2.50 pagi. Foto – JBPM Terengganu

SETIU — Masjid Al-Taqwa di Kampung Beris Tok Ku, ,Setiu musnah dalam kebakaran
awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu Mohd Sarizan Mohamad Sapawi berkata pihaknya menerima panggilan jam 2.57 pagi.

Katanya seramai 11 anggota dikejarkan kelokasi kejadian dan tiada mangsa terlibat.

Foto – JBPM Terengganu
Foto – JBPM Terengganu

Kebakaran itu menyebabkan masjid berkenaan musnah kira-kira 90 peratus.

“Sejurus menerima panggilan seramai 11 anggota dikejarkan kelokasi kejadian dan tiada mangsa terlibat dalam kebakaran berkenaan,”katanya.

Operasi pemadaman selesai pada jam 5.59 pagi.

POPULAR HARI INI