TERENGGANU TERIMA PENGARAH PERIKANAN BAHARU

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan Dan Komoditi, Dato’ Dr. Azman bin Ibrahim(kanan) sewaktu menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman pada 20 April 2025. Kredit Foto – Facebook Dr Azman Ibrahim.

Jabatan Perikanan Negeri Terengganu kini menerima pengarah baharu, Pang Anak Nyukang berkuat kuasa 8 April 2025 mengantikan Ruzaidi Mamat yang kini menjawat pengarah kanan Jabatan Perikanan Malaysia di Putrajaya.

Terdahulu anak jati Pakan, Bahagian Sarikei, Sarawak ini telah menjawat jawatan sebagai Pengarah Perikanan Negeri Kedah sebelum melaporkan diri ke Terengganu.

Beliau memulakan kerjaya awal di Jabatan Perikanan Malaysia(DOF) bermula pada tahun 2000 dan mula mengembangkan kariernya untuk memegang beberapa jawatan penting di peringkat jabatan mahupun negeri di antaranya Jabatan Perikanan Laut Negeri Sarawak(JPLS) selama 15 tahun dan seterusnya pada tahun 2015 ke Jabatan Perkhidmatan Kuaratin dan Pemeriksaan Malaysia(MAQIS) Putrajaya.

Pada tahun 2018 sehingga 2023, Pang Anak Nyukang yang berkelulusan dari Universiti Malaysia Terengganu(UMT) ini juga pernah bertugas di Bahagian Biosekuriti Perikanan dan Bahagian Konservasi & Perlindungan Perikanan (BKOPP), Ibu Pejabat DOF Putrajaya pada 2018 hingga 2023.

Untuk rekod, Pang Anak Nyukang juga turut melakar sejarah selaku penjawat awam pertama dari kaum iban yang telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

POPULAR HARI INI