SMUPA 2024: TARIK PENYERTAAN 125 JURUGAMBAR BAWAH AIR

KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin(tiga dari kanan) berkenan untuk mencemar duli diberi penerangan tentang foto-foto peserta Sultan Mizan Underwater Photography Awards (SMUPA) 2024 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu pada 22 Mei 2025. Kredit Foto – Facebook Korporat Suk Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah Sultan Mizan Underwater Photography Awards (SMUPA) 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu.

Keberangkatan Baginda disambut oleh YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu; YB Dato’ Nara Setia, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu; YB Datuk Razali bin Iris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu; serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Turut hadir, Encik Hilman bin Hajijan, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin(tiga dari kiri) berkenan untuk mencemar duli diberi penerangan tentang foto-foto peserta Sultan Mizan Underwater Photography Awards (SMUPA) 2024 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu pada 22 Mei 2025. Kredit Foto – Facebook Korporat Suk Terengganu
Pameran foto-foto yang dipertandingkan semperna Sultan Mizan Underwater Photography Awards (SMUPA) 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu pada 22 Mei 2025. Kredit Foto – Facebook Korporat Suk Terengganu
Mohamed Raziff Md Yusof(tiga dari kanan) muncul juara bagi kategori Short Film yang pertama kali diperkenalkan pada penganjuran edisi ke-2 Sultan Mizan Underwater Photography Awards (SMUPA) 2024. Kredit Foto – Facebook Korporat Suk Terengganu

Pertandingan SMUPA 2024 merupakan inisiatif dan ilham Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin yang bertujuan memperkukuh industri pelancongan marin negeri serta mengetengahkan keindahan dasar laut Terengganu di peringkat antarabangsa.

Pertandingan ini telah berlangsung selama sepuluh bulan bermula dari 1 Mac hingga 31 Disember 2024, dan berjaya menarik penyertaan lebih 125 jurugambar bawah air yang juga merupakan penyelam skuba profesional dari seluruh negara.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan, terdiri daripada Wide Angle dan Macro bagi kelas Grand Awards yang melibatkan jurugambar profesional, manakala Ocean Spirit Awards pula dikhaskan untuk jurugambar pemula menerusi kategori Wide Angle, Macro dan Short Video. Pertandingan ini turut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM39,000 kepada para pemenang.

Persembahan kebudayaan setempat turut mengambil bahagian sewaktu Majlis penyampaian Sultan Mizan Underwater Photography Awards (SMUPA) 2024 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu pada 22 Mei 2025. Kredit Foto – Facebook Korporat Suk Terengganu
KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin(tiga dari kiri) berkenan untuk mencemar duli melihat model cadangan rekabentuk galeri arkeologi maritim bawah air sewaktu menghadiri majlis penyampaian hadiah Sultan Mizan Underwater Photography Awards (SMUPA) 2024 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu pada 22 Mei 2025. Kredit Foto – Facebook Korporat Suk Terengganu
KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin(barisan hadapan – 4 dari kanan) berkenan untuk mencemar duli untuk bergambar sewaktu menghadiri majlis penyampaian hadiah Sultan Mizan Underwater Photography Awards (SMUPA) 2024 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu pada 22 Mei 2025. Kredit Foto – Facebook Korporat Suk Terengganu
Dari kiri – Eric Goh dan Datuk Razali Idris selaku juri Sultan Mizan Underwater Photography Awards (SMUPA) 2024, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Terengganu Dato’ Nara Setia Dato’ Zulkifli Ali dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Hilman Hajijan.
Kredit Foto – Facebook Korporat Suk Terengganu

Rakaman foto dan video telah dilakukan di 128 tapak selaman melibatkan tujuh buah pulau utama di perairan Terengganu, sekali gus membuka peluang kepada para peserta menonjolkan kreativiti dalam menangkap keindahan khazanah laut negeri ini. Di samping memupuk minat dalam bidang fotografi dasar laut, penganjuran SMUPA juga terbukti member impak positif kepada sektor pelancongan negeri.

Statistik menunjukkan jumlah pelancong yang berkunjung ke Terengganu sepanjang tahun pertandingan meningkat sebanyak 38.8%, iaitu seramai 409,786 orang berbanding 295,147 orang pada tahun 2023.

Kejayaan in mencerminkan keberkesanan program-program promosi pelancongan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Neger Terengganu. SMUPA kini dilihat sebagai platform penting dalam mempromosikan pelancongan berasaskan skuba serta memperkukuh kedudukan Terengganu sebagai destinasi pelancongan marin utama di Malaysia.

Teks siaran media disediakan oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu(Tourism Terengganu)

POPULAR HARI INI