PULAU BIDONG MEDAN KURSUS ASAS SELAM TEMPUR UTK

Majlis Penutup Kursus Asas Selam Tempur Unit Tindakhas Siri 1/2025 di Pulau Bidong, Terengganu pada 31 Mei 2026. Kredit Foto – Facebook Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

PULAU BIDONG, 31 Mei 2025 – Pulau Bidong, yang pernah menjadi saksi sejarah sebagai pusat perlindungan pelarian Vietnam, kini terus memainkan peranan penting sebagai lokasi latihan taktikal bagi pasukan elit Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terbaru, pulau ini menjadi medan utama bagi Kursus Asas Selam Tempur Unit Tindakhas Siri 1/2025, yang melahirkan penyelam tempur berkemahiran tinggi dalam operasi khas.

Dari kiri – Ketua Polis Terengganu Dato’ Mohd Khairi Khairudin bersama Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim(tengah) dan SAC Hisham Mahmood, Komander Unit Tindakhas(kanan) di Duyung Marina & Resort, Kuala Terengganu untuk bertolak ke Majlis Penutup Kursus Asas Selam Tempur Unit Tindakhas Siri 1/2025 di Pulau Bidong, Terengganu pada 31 Mei 2026. Kredit Foto – Facebook Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Ketua Polis Terengganu Dato’ Mohd Khairi Khairudin(enam dari kiri) bersama Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim(tujuh dari kiri) dan SAC Hisham Mahmood, Komander Unit Tindakhas(8 dari kiri) sewaktu bertolak ke Majlis Penutup Kursus Asas Selam Tempur Unit Tindakhas Siri 1/2025 di Pulau Bidong, Terengganu pada 31 Mei 2026. Kredit Foto – Facebook Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Seramai 1 pegawai dan 17 operatif menyertai Kursus Asas Selam Tempur Unit Tindakhas Siri 1/2025 di Pulau Bidong, Terengganu yang berakhir pada 31 Mei 2026. Kredit Foto – Facebook Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim(kiri) sewaktu menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Asas Selam Tempur Unit Tindakhas Siri 1/2025 di Pulau Bidong, Terengganu pada 31 Mei 2026. Kredit Foto – Facebook Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

Majlis penutupan kursus ini berlangsung penuh istiadat di perairan Pulau Bidong dan disempurnakan oleh CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim selaku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), PDRM. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Polis Terengganu Dato’ Mohd Khairi Khairudin, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA) Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan) DCP M. V Sri Kumar a/l Madhavan Nair serta Timbalan-timbalan Pengarah Jabatan KDNKA dan Komander-komander elemen Jabatan KDNKA.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim(4 dari kiri) sambil diperhatikan oleh Ketua Polis Terengganu Dato’ Mohd Khairi Khairudin(dua dari kiri) sewaktu menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Asas Selam Tempur Unit Tindakhas Siri 1/2025 di Pulau Bidong, Terengganu pada 31 Mei 2026. Kredit Foto – Facebook Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim(duduk) memeriksa senjata sewaktu Majlis Penutup Kursus Asas Selam Tempur Unit Tindakhas Siri 1/2025 di Pulau Bidong, Terengganu pada 31 Mei 2026. Kredit Foto – Facebook Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

Pulau Bidong, yang terletak di perairan Terengganu, bukan sahaja terkenal dengan sejarahnya sebagai kem pelarian Vietnam dari tahun 1978 hingga 2005, tetapi juga dengan keindahan alam semula jadinya yang sesuai untuk latihan taktikal berintensiti tinggi dengan persekitaran yang mencabar, pulau ini menyediakan suasana ideal bagi latihan selaman taktikal, pengendalian peralatan selaman, serta membentuk ketahanan fizikal dan mental bagi anggota Unit Tindakhas.

Kursus yang berlangsung dari 28 April hingga 31 Mei 2025 ini berjaya melahirkan 1 pegawai dan 17 operatif sebagai Penyelam Unit Tindakhas PDRM, menjadikan jumlah keseluruhan penyelam yang dilahirkan sejak tahun 2007 kini mencecah 188 orang.

Majlis turut menyaksikan penganugerahan Beret Kehormat Unit Tindakhas, Lencana Selam Tempur Kehormat dan Lencana Sniper Kehormat kepada CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim yang sematkan oleh SAC Hisham Mahmood, Komander Unit Tindakhas sebagai simbol penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan beliau dalam memperkasa pembangunan taktikal dan operasi KDNKA.

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu Iskandar Muhammad Aziz(kiri) menerima momento penghargaan daripada SAC Hisham Mahmood, Komander Unit Tindakhas sewaktu Majlis Penutup Kursus Asas Selam Tempur Unit Tindakhas Siri 1/2025 di Pulau Bidong, Terengganu pada 31 Mei 2026. Kredit Foto – Facebook State Museum

Turut hadir menyempurnakan majlis penutup ini Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu Iskandar Muhammad Aziz.

Untuk rekod, Pulau Bidong, yang pernah menjadi pusat perlindungan pelarian Vietnam dari 1978 hingga 1991, kini berfungsi sebagai lokasi penyelidikan, latihan taktikal, dan ekopelancongan. Selepas diserahkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu pada 30 November 1991, pulau ini berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kuala Nerus, dengan sebahagian fasilitinya dikawal selia oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu bagi tujuan pemuliharaan.

Pulau ini masih menyimpan monumen bersejarah seperti tugu peringatan pelarian Vietnam, runtuhan gereja, kuil, dan sekolah, serta kemudahan moden seperti jeti utama, tapak perkhemahan, tandas, dan surau.

POPULAR HARI INI