JAMBATAN BAHARU MARANG DIJADUALKAN SIAP PADA 2027

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama lain-lain pemegang taruh di tapak projek menaiktaraf jambatan merentasi Sungai Marang membabitkan jajaran sejauh 2.5 kilometer di laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Marang pada 14 Julai 2025.

Projek menaiktaraf jambatan merentasi Sungai Marang membabitkan jajaran sejauh 2.5 kilometer di laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Marang yang telah bermula sejak Disember 2021 dijadualkan untuk siap sepenuhnya pada suku kedua tahun 2027 nanti.

Menteri Kerja Raya Malaysia Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang ditemui pemberita di lokasi tapak pembinaan jambatan itu turut mengumumkan kemajuan fizikal bagi projek yang bernilai RM338.0 juta ini telah mencapai 54.70%.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi(barisan hadapan – dua dari kanan) bersama Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Roslan Ismail(barisan hadapan – kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat(barisan hadapan – kiri) sewaktu lawatan kerja di tapak projek menaiktaraf jambatan merentasi Sungai Marang membabitkan jajaran sejauh 2.5 kilometer di laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Marang pada 14 Julai 2025.

Mengulas lanjut, Dato Sri Alexander Nanta Linggi juga tidak menafikan terdapat beberapa masalah teknikal sewaktu pembinaan dan beberapa urusan pemilikan tanah sehingga kini namun beliau tetap optimis segala-galanya dapat diselesaikan dengan baik agar projek ini dapat disiapkan seperti yang dijadualkan.

Perlaksanaan projek yang direka mengadaptasi metodologi Building Information Modelling(BIM) dilihat mampu untuk meningkatkan tahap keberkesanan pengurusan asset menyeluruh.

Dato Sri Alexander Nanta Linggi juga optimis dengan pembinaan jambatan baharu ini kadar trafik pengguna jalan raya dapat ditingkatkan kepada empat lorong dua hala sekaligus menyuraikan masalah kesesakkan jalan raya terutama ketika waktu puncak dan perayaan.

Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya(JKR)Ir. Atikah Zakaria@Ya(dua dari kanan) sewaktu menyampaikan taklimat di hadapan Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama lain-lain pemegang taruh di tapak projek menaiktaraf jambatan merentasi Sungai Marang membabitkan jajaran sejauh 2.5 kilometer di laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Marang pada 14 Julai 2025.
Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya(JKR)Ir. Atikah Zakaria@Ya sewaktu menyampaikan taklimat di hadapan Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama lain-lain pemegang taruh di tapak projek menaiktaraf jambatan merentasi Sungai Marang membabitkan jajaran sejauh 2.5 kilometer di laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Marang pada 14 Julai 2025.
Nelayan tempatan yang pulang dari aktiviti menangkap ikan melintasi tapak projek menaiktaraf jambatan merentasi Sungai Marang membabitkan jajaran sejauh 2.5 kilometer di laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Marang pada 14 Julai 2025.

Jambatan baharu ini juga direkabentuk agar kapal nelayan Zon C dapat menyusuri sungai untuk pendaratan hasil nelayan laut dalam, berbanding sebelum ini hanya bot-bot kecil dapat melepasi jambatan lama yang yang kini berusia lebih 55 tahun yang telah dibina pada tahun 1960.

Terdahulu, beliau yang dalam rangka lawatan kerja di Terengganu ini telah melawat projek pembaikan laluan pantai sejauh kira-kira 280 meter di Kuala Nerus yang runtuh disebabkan fenomena Monsun Timur Laut (MTL).

POPULAR HARI INI