
KUALA TERENGGANU – KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan penyampaian Majlis Penganugerahan Sultan Mizan Underwater Photography Awards (SMUPA) 2024 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam.
Sebelumnya, baginda berangkat ke Model Galeri Arkeologi Maritim dan Pameran Galeri Pemenang di foyer Pusat Konvensyen dan menyaksikan hasil tangkapan para pemenang yang kreatif dan artistik.

Setiap kategori yang dipertandingkan mempunyai 3 pemenang utama; johan bagi Grand Awards – Macro dirangkul oleh Encik Azzudin Abdul Aziz, diikuti Naib Johan Encik Tay Liang Wei dan tempat ketiga Puan Nurul Azlifah Mohd Ismail; johan bagi Grand Awards – Wide Angle dirangkul oleh Puan Nurul Azlifah Mohd Ismail, Naib Johan Encik Wong Yeow Chew dan tempat ketiga Encik Abdul Rahman Jamaludin.
Johan bagi Ocean Spirits Award – Macro dirangkul oleh Puan Norlida Abu Zarin, Naib Johan Puan Aw Chu Xian dan tempat ketiga Encik Daniel Chan Yi Han; Johan bagi Ocean Spirits Award – Wide Angle dirangkul oleh Encik Wan Hazizi Wan Mustaffa, Naib Johan Encik Wan Hazizi Wan Mustaffa dan tempat ketiga Encik Tan Wheng Lung; Johan bagi Short Film Awards dirangkul oleh Encik Mohamed Raziff bin Md Yusof, Naib Johan Encik Shazrul Adli bin Abdul Razak dan tempat ketiga Encik Tan Kean Sing.
Baginda turut berkenan menyampaikan cenderamata kepada 13 penaja iaitu Migalabs Solutions (M) Sdn Bhd, Summer Bay Lang Tengah Island Resort, Tenggol Coral Beach Resort Sdn Bhd, Coral Redang Island Resort, Redang Pelangi Resort, The Taaras Beach and Spa Resort, Che Wan Scuba, Perhentian Marriot Resort and Spa, Resorts World Kijal, The Qamar Paka, Duyong Marina & Resort, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dan Redang Aquatic Adventure Sdn Bhd serta 4 orang juri pertandingan iaitu YB Datuk Razali Idris, Encik Eric Goh Guan Puay, Puan Indra Swari dan Encik Yorko Summer.
Di samping itu, seramai 16 orang pemenang saguhati bagi semua kategori menerima cenderamata daripada Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Sultan Mizan Underwater Photography Awards (SMUPA) 2024 merupakan sebuah pertandingan fotografi bawah air yang diadakan secara tahunan bagi mengiktiraf dan meraikan karya fotografi bawah air terbaik yang dirakam di perairan negeri Terengganu. – Facebook Korporat SUK Terengganu
SENARAI PEMENANG SMUPA 2024
|
|
|
|
|